Showing posts with label Maklumat Automotif. Show all posts
Showing posts with label Maklumat Automotif. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Satria Neo R3 Edisi Terhad (2011)

PROTON BAKAL MELANCARKAN
VARIAN TERKINI SATRIA NEO

Satria Neo sangat sinonim dengan ciri-ciri sporty, dan pelbagai varian telah dikeluarkan. Dari model asas, ke model Neo CPS sehinggalah Neo R3 Lotus Racing. Kini dengan keluaran edisi terhad, Proton sekali lagi memperkenalkan varian terkini model hatchback-nya, Satria Neo R3.

Model yang dipertingkatkan ini dijana dengan enjin Campro 1.6 liter yang dinaiktaraf ke Peringkat 2 dan mampu memberikan output sehingga 145bhp pada 7000rpm, dengan tork sehingga 168Nm pada 5000rpm. Ditawarkan dengan warna ekslusif "Fire Red" dengan bumbung berwarna hitam, ia hanya dikeluarkan dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Ciri-ciri yang ditawarkan:
  • sistem air intake dengan carbon fiber
  • sistem ekzos berprestasi aliran tinggi
  • brake pads berprestasi tinggi
  • aluminium camshaft pulley bolehlaras
  • peningkatan pemanduan dan pengendalian
  • R3 springs berprestasi
  • beg udara berkembar
  • anti-lock braking system (ABS) dan electronic brake distribution (EBD)
  • rim aloi 16 inci edisi R3
  • tayar Bridgestone Potenza RE001R 205/45 series
  • CPS bodykit yang direkabentuk semula dan dipadankan dengan spoiler
  • lip pada bumper depan
  • fender arches danide strips/mouldings berwarna
Kemasan ruang dalaman:
  • ciri kabin yang skim dua warna, merah dan hitam
  • tempat duduk bucket R3 edisi terhad dengan kemasan kulit nappa, microfibre dan kesan carbon beserta jahitan merah yang terperinci
  • kemasan warna merah pada dashboard, konsol gear, handbrake handle dan karpet lantai R3.
  • pedal kaki aluminium
  • gear knob yang bergaya dan sporty
  • butang START (engine start button)
  • sistem audio 2-Din dengan navigasi GPS 3D
Dijual dengan harga RM79,797 dan yuran tempahan sebanyak RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran model terbaru itu nanti.

Wednesday, December 15, 2010

Proton Lancar Saga FL

Rabu, 15 Disember 2010 - Proton sekali lagi memperkenalkan model yang dinaiktaraf pada hari ini, setelah menaiktaraf model Persona dan Exora. Saga FL telah dilancarkan dengan menampilkan 'wajah' baru! Sentuhan rekabentuk terkini, pasti menjadikan model ini tampak lebih elegan dan sesuai dengan citarasa kini.


Antara perubahan fizikal yang dibuat adalah:
  • Grille hadapan baru.
  • Lampu hadapan baru.
  • Bumper hadapan yang menarik.
  • Lampu kabus (fog light).
  • Garisan pada hood yang baru dan tampak luas.
  • Cermin sisi baru dengan lampu isyarat membelok LED.
  • Rekabentuk rim aloi yang baru.
  • Lampu belakang LED.
  • Spoiler yang bergaya.
  • Bumper belakang baru dengan reflector dan muffler cutter.

Ciri-ciri lain:
  • Stereng yang dilengkapi butang audio.
  • Sistem audio Clarion dilengkapi USB dan AUX.
  • Power windows di setiap 4 pintu.
  • Pelaras ketinggian tempat duduk.
  • Sensor undur.
  • Immobilizer.
  • Beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan.
Harga:
  • Standard (M/T) - RM37, 998
  • Standard (A/T) - RM40, 998
  • Executive (M/T) - RM40, 698
  • Executive (A/T) - RM43, 298

Tuesday, December 14, 2010

KLIMS'10 - Proton Pamer Model Berteknologi

Selain 5 model konsep yang terdiri daripada Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu, Proton juga turut mempamerkan beberapa model mereka yang telah menempa nama dengan memperkenalkan teknologi tersendiri seperti model R3, kenderaan elektrik (EV), kenderaan hibrid, dan juga beberapa model terkini dari Lotus. Jom kita layan beberapa foto yang sempat saya ambil ketika berada di KLIMS 2010.

Proton Emas (Hybrid):

Proton Exora EV:


Proton Saga EV:


Proton Satria Neo R3 Concept:


Satria S2000 (Rally):


Lotus Esprit:


Lotus City:


Friday, December 10, 2010

KLIMS'10 - Proton Perkenal 5 Model Konsep

Proton Perkenal 5 'Pahlawan'

Dengan menggunakan hampir 1, 520 meter persegi dari jumlah keluasan ruang pameran di Dewan Razak, Proton dan Lotus mengambil peluang dengan keluasan tersebut untuk mempamerkan beberapa model keluarannya dan juga model konsep. Antara model keluaran yang terdapat di sana adalah Exora, Persona Elegance, Inspira (2.0P), dan Satria Neo CPS. Manakala model konsep yang diperkenalkan antaranya adalah Satria Neo R3 Concept, Saga EV, Exora EV, EMAS. Tidak terkecuali beberapa model keluaran Lotus.

Antara yang mendapat sambutan, sudah tentu 5 buah model konsep Proton yang terdiri daripada Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Manakala Lotus pula memperkenalkan model City dan Esprit.

Proton Tuah:
Konsep yang diperkenalkan adalah sebuah sedan salun yang bergaya dan sporty. Diinspirasikan dari rekabentuk nautika dan aeronautika, serta seimbang dengan kefungsian dan mempunyai nilai-nilai estetika.


Antara ciri-ciri teknikal yang diketengahkan adalah seperti memperkenalkan 'new direction' Proton, bumbung 'photo chromatic glass', lampu kabus LED yang cerah dengan pengurangan penggunaan kuasa, kombinasi lampu belakang yang moden dengan LED, pembuka pintu yang tersembunyi dan cerah yang mudah dilihat dalam keadaan malap atau kurang cahaya, lampu hadapan berfungsi dengan cahaya yang sejajar dengan pergerakan stereng bagi memberikan pemanduan yang dinamik, serta mementingkan aspek keselamatan.

Jom kita layan beberapa lagi model konsep Proton di KLIMS 2010.

Proton Jebat:


Proton Kasturi:


Proton Lekir:


Proton Lekiu:

KLIMS'10 - Perodua


Perodua Bezza, Alza Infinite Concept dan Myvi X-Style

Saya baru sahaja selesai mengunjungi Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menyaksikan satu lagi pameran auto terbesar, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010. Laporan kali ini, saya bawakan beberapa info dan foto yang diperoleh ketika berada di ruang pameran Perodua. Terletak di penjuru pintu utama pameran, Perodua mempamerkan beberapa model konsepnya, antaranya Perodua Bezza, Perodua Alza Infinite Concept dan Perodua Myvi X-Style. Yang menarik perhatian saya adalah model Bezza.

Perodua kali ini mengenengahkan tema "Ecology, Economy & Exciting for Everyone", menjadikan mereka berusaha menjadi 'greener company', menghasilkan kenderaan yang mempunyai nilai dan berbaloi untuk dimiliki, serta mengujakan.

Perodua Bezza:
Merupakan kenderaan sedan kompak generasi baru. Ia juga merupakan model prototype dan berkemungkinan menjadi penanda aras kenderaan masa depan Perodua. Ia dilengkapi dengan teknologi multimedia terkini dan memberikan kelainan ketika memandunya.


'The Making of Bezza':
Projek ini (menurut sumber) memakan masa kira-kira 5 bulan. Bermula pada bulan Julai, kajian dan lakaran-lakaran dibuat, membuat beberapa model skala 1/4, membina model skala penuh, merekabentuk gaya permukaan dan digital rendering, membina prototaip berskala penuh, dan menyiapkan prototaip sehingga November.


Luaran Bezza:

  • Garisan sisi yang condong menjadikan Bezza sebagai kenderaan yang aktif dan dinamik.
  • Rangkaian karektor garisan menggambarkan emosi dan rekabentuk yang harmoni.
  • Rekabentuk lampu hadapan ultra-moden, kelihatan agresif, lebar, dan mempunyai kelainannya yang tersendiri.
  • Sesuai dengan gaya urban.

Dalaman Bezza:
  • Rekaan dalamannya unik, futuristik, sporty dan selesa.
  • Rekabentuknya menjadikan ruang pemandu lebih selesa dan luas.
  • Pintu belakang dengan operasi luncur (sliding) dan kerusi hadapan boleh putar memudahkan penumpang keluar masuk.
  • Ruang bagasi yang luas.

Perodua Alza Infinite Concept:
Model ini pula menyaksikan kelainan yang ada pada sebuah Alza! Model Infinite Concept ini mengenengahkan rekabentuk yang sporty dan bergaya. Selain itu, model ini juga memiliki ciri-ciri hiburan yang mengagumkan.


Luaran Alza Infinite Concept:
  • Rekabentuk aerodinamik dengan gaya sporty dan 'tegap'.
  • Rekabentuk bumper dinamik dan lebar.
  • Rim aloi 18 inci!
  • Lampu hadapan dan belakang LED dan lampu brek ketiga yang lebih jelas.
  • Dual 'Exhaust Tips' yang menonjolkan rekabentuk sporty di bahagian belakang.

Dalaman Alza Infinite Concept:
  • 4 tempat duduk 'bucket' yang selesa dan sporty.
  • Konsol tengah bersambungan dari bahagian hadapan ke bahagian belakang.
  • Panel skrin sentuh.
  • Stereng multi-fungsi dengan butang 'start'.
  • Kemasan kulit Black Alcantara dengan sentuhan sporty.

Lain-lain:
  • Peningkatan sistem bunyi dengan 12 'speaker' dan 'subwoofer' 12 inci!
  • Audio 2-DIN berskrin sentuh dengan GPS dan kamera undur.
  • 3 skrin LCD.
  • 'Sports-tuned', penyesuaian suspensi untuk kawalan pemanduan yang baik.
  • Prestasi sistem ambilan (intake system) untuk pecutan yang baik.


Perodua Myvi X-Style:
Ketika saya berada di sana, hanya 'objek kuning' berbentuk model Myvi sahaja yang kelihatan. Dikhabarkan ia model x-Style.


X-Style adalah 'styling model' untuk tujuan eksperimentasi pembuatan permukaan (experimental surface construction). Idea ini adalah untuk memastikan gaya dan rekabentuk model yang bakal diproduksikan mengikut keperluan semasa.

Friday, November 12, 2010

Mitsubishi ASX

Baru-baru ini, Mitsubishi Motors Malaysia telah memperkenalkan satu lagi model terkininya, ASX, bagi pasaran kategori 'crossover'. ASX atau Active Smart X-over ini merupakan SUV yang serbaguna dan praktikal, selain selesa seperti memandu sebuah sedan. Model ASX ini dijana dengan enjin berkapasiti 2.0 liter dengan DOHC, 16 injap dan dilengkapi teknologi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control) berserta CVT (Continuously Variable Transmission).
Terdapat 5 warna menarik untuk dipilih, Black Mica, Titanium Grey, Kawasemi Blue (seperti warna pada foto di atas), Red Metallic dan Pearl White. Antara ciri-ciri menarik model ini adalah 'paddle shifters', penghawa dingin automatik, 'cruise control', paparan LCD multi-informasi, dan ruang simpanan barang yang luas.

Mitsubishi Motors Malaysia mensasarkan sebanyak 100 unit ASX dijual dalam masa sebulan. Model ini didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau 100, 000 km. Selain itu, model ini juga ditawarkan dengan pakej servis percuma selama 2 tahun. Berada di pasaran dengan harga RM136, 208.10 atas jalan tanpa insurans, dan merupakan model yang diimport terus dari Jepun.

Thursday, November 11, 2010

Pelancaran Viva Elite Exclusive Edition (2010)

11 November 2010 - Perodua telah melancarkan varian terbaru Viva yang ditambahbaik, Viva Edisi Eksklusif. Edisi terbaru Viva ini dijangka akan melonjakkan lagi penguasaan Perodua, selain daripada model Myvi dan Alza.

Viva Elite adalah varian Viva yang mencatatkan jualan terbaik, sejak ia dilancarkan pada bulan Julai 2009 dan Viva Elite Edisi Eksklusif ini merupakan yang terbaru dalam siri Viva Elite. Dilengkapi dengan ciri-ciri terkini, baik di bahagian dalam mahupun di luar, termasuk 'grade mark' Edisi Eksklusif, rim dan kerusi kulit.

Viva Elite Edisi Eksklusif ini dijual dengan harga RM42, 000 di atas jalan. Boleh didapati dengan warna baru, Classy Purple, ia disasarkan kepada golongan muda mahupun keluarga yang inginkan kereta kedua. Model ini juga terdapat 2 lagi warna pilihan iaitu, Midnight Blue dan Ivory White.

Perodua mensasarkan untuk menjual model ini sebanyak 600 unit sebulan, dan akan mempelbagaikan lagi kelainan pada model Viva akan datang. Tempahan untuk model telahpun dibuka. Maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Perodua di 1800-88-6600.


sumber: wemotor

Sunday, August 15, 2010

Myvi Limited Edition VS. Sirion Femme

Julai 2010, rakyat Malaysia telah diperkenalkan satu lagi varian Myvi, iaitu model Myvi Limited Edition. Anda boleh klik di SINI untuk pautan ke info berkenaan Myvi LE di laman blog ini. Model di mana, terdapat pembaharuan ringkas yang dibuat oleh Perodua. Dan kali ini, saya ingin khabarkan kepada anda model yang seakan-akan sama dengan model Myvi LE, iaitu Daihatsu Sirion Femme.
Model Sirion Femme ini telah diperkenalkan di Indonesia pada 24 Julai 2010, dan merupakan Edisi Istimewa terbaru dari Daihatsu. Selain Sirion Femme, Sirion Drift juga diperkenalkan sebagai varian Edisi Istimewa. Ini bermakna, model Sirion Special Edition (SE) terdapat dua varian pilihan. Di mana model Femme lebih sesuai untuk golongan wanita, dan Drift untuk golongan lelaki.
Pada pendapat saya, model ini tidak ada bezanya dengan model Myvi. Kerana dari pandangan kasar, ciri-ciri Myvi ada pada model ini. Berbanding model Sirion terdahulu, ada sedikit kelainan yang dibawa oleh Myvi, dan kini nampaknya, sama sahaja. Ada sedikit kelebihan untuk golongan lelaki di Indonesia, apabila Daihatsu menampilkan Sirion Drift. Ia kelihatan lebih agresif, dengan padangan bodykit dan rim aloi 16 inci! Mungkin pada model Femme, sama dengan Myvi LE. Cuma yang membezakannya pada hiasan dalaman, dan tentunya pada nama. Dikhabarkan juga, model Femme tidak mempunyai side body moulding seperti yang terdapat pada model Myvi LE.

Jom layan apa yang ada pada model Femme dan Drift ini.

Sirion Drift:
- Side body moulding.
- Alloy rim 16".
- Bodykit.
- Rear spoiler.
- Chrome muffler cutter.
- Headlamp Eye LID.
- Pillar blackout.
- Black paint back door garnish.

Sirion Femme:
- Rear spoiler.
- Reverse sensor.
- Material leather for seats and door trim.
- Pillar blackout.
- Seat lifter.
- Seat back pocket, shopping hook.
- Package tary.

Muat turun wallpaper Sirion Drift.
*Untuk maklumat lanjut, klik di SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...