Showing posts with label KLIMS 2010. Show all posts
Showing posts with label KLIMS 2010. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

KLIMS'10 - Proton Pamer Model Berteknologi

Selain 5 model konsep yang terdiri daripada Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu, Proton juga turut mempamerkan beberapa model mereka yang telah menempa nama dengan memperkenalkan teknologi tersendiri seperti model R3, kenderaan elektrik (EV), kenderaan hibrid, dan juga beberapa model terkini dari Lotus. Jom kita layan beberapa foto yang sempat saya ambil ketika berada di KLIMS 2010.

Proton Emas (Hybrid):

Proton Exora EV:


Proton Saga EV:


Proton Satria Neo R3 Concept:


Satria S2000 (Rally):


Lotus Esprit:


Lotus City:


Friday, December 10, 2010

KLIMS'10 - Proton Perkenal 5 Model Konsep

Proton Perkenal 5 'Pahlawan'

Dengan menggunakan hampir 1, 520 meter persegi dari jumlah keluasan ruang pameran di Dewan Razak, Proton dan Lotus mengambil peluang dengan keluasan tersebut untuk mempamerkan beberapa model keluarannya dan juga model konsep. Antara model keluaran yang terdapat di sana adalah Exora, Persona Elegance, Inspira (2.0P), dan Satria Neo CPS. Manakala model konsep yang diperkenalkan antaranya adalah Satria Neo R3 Concept, Saga EV, Exora EV, EMAS. Tidak terkecuali beberapa model keluaran Lotus.

Antara yang mendapat sambutan, sudah tentu 5 buah model konsep Proton yang terdiri daripada Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Manakala Lotus pula memperkenalkan model City dan Esprit.

Proton Tuah:
Konsep yang diperkenalkan adalah sebuah sedan salun yang bergaya dan sporty. Diinspirasikan dari rekabentuk nautika dan aeronautika, serta seimbang dengan kefungsian dan mempunyai nilai-nilai estetika.


Antara ciri-ciri teknikal yang diketengahkan adalah seperti memperkenalkan 'new direction' Proton, bumbung 'photo chromatic glass', lampu kabus LED yang cerah dengan pengurangan penggunaan kuasa, kombinasi lampu belakang yang moden dengan LED, pembuka pintu yang tersembunyi dan cerah yang mudah dilihat dalam keadaan malap atau kurang cahaya, lampu hadapan berfungsi dengan cahaya yang sejajar dengan pergerakan stereng bagi memberikan pemanduan yang dinamik, serta mementingkan aspek keselamatan.

Jom kita layan beberapa lagi model konsep Proton di KLIMS 2010.

Proton Jebat:


Proton Kasturi:


Proton Lekir:


Proton Lekiu:

KLIMS'10 - Perodua


Perodua Bezza, Alza Infinite Concept dan Myvi X-Style

Saya baru sahaja selesai mengunjungi Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menyaksikan satu lagi pameran auto terbesar, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010. Laporan kali ini, saya bawakan beberapa info dan foto yang diperoleh ketika berada di ruang pameran Perodua. Terletak di penjuru pintu utama pameran, Perodua mempamerkan beberapa model konsepnya, antaranya Perodua Bezza, Perodua Alza Infinite Concept dan Perodua Myvi X-Style. Yang menarik perhatian saya adalah model Bezza.

Perodua kali ini mengenengahkan tema "Ecology, Economy & Exciting for Everyone", menjadikan mereka berusaha menjadi 'greener company', menghasilkan kenderaan yang mempunyai nilai dan berbaloi untuk dimiliki, serta mengujakan.

Perodua Bezza:
Merupakan kenderaan sedan kompak generasi baru. Ia juga merupakan model prototype dan berkemungkinan menjadi penanda aras kenderaan masa depan Perodua. Ia dilengkapi dengan teknologi multimedia terkini dan memberikan kelainan ketika memandunya.


'The Making of Bezza':
Projek ini (menurut sumber) memakan masa kira-kira 5 bulan. Bermula pada bulan Julai, kajian dan lakaran-lakaran dibuat, membuat beberapa model skala 1/4, membina model skala penuh, merekabentuk gaya permukaan dan digital rendering, membina prototaip berskala penuh, dan menyiapkan prototaip sehingga November.


Luaran Bezza:

  • Garisan sisi yang condong menjadikan Bezza sebagai kenderaan yang aktif dan dinamik.
  • Rangkaian karektor garisan menggambarkan emosi dan rekabentuk yang harmoni.
  • Rekabentuk lampu hadapan ultra-moden, kelihatan agresif, lebar, dan mempunyai kelainannya yang tersendiri.
  • Sesuai dengan gaya urban.

Dalaman Bezza:
  • Rekaan dalamannya unik, futuristik, sporty dan selesa.
  • Rekabentuknya menjadikan ruang pemandu lebih selesa dan luas.
  • Pintu belakang dengan operasi luncur (sliding) dan kerusi hadapan boleh putar memudahkan penumpang keluar masuk.
  • Ruang bagasi yang luas.

Perodua Alza Infinite Concept:
Model ini pula menyaksikan kelainan yang ada pada sebuah Alza! Model Infinite Concept ini mengenengahkan rekabentuk yang sporty dan bergaya. Selain itu, model ini juga memiliki ciri-ciri hiburan yang mengagumkan.


Luaran Alza Infinite Concept:
  • Rekabentuk aerodinamik dengan gaya sporty dan 'tegap'.
  • Rekabentuk bumper dinamik dan lebar.
  • Rim aloi 18 inci!
  • Lampu hadapan dan belakang LED dan lampu brek ketiga yang lebih jelas.
  • Dual 'Exhaust Tips' yang menonjolkan rekabentuk sporty di bahagian belakang.

Dalaman Alza Infinite Concept:
  • 4 tempat duduk 'bucket' yang selesa dan sporty.
  • Konsol tengah bersambungan dari bahagian hadapan ke bahagian belakang.
  • Panel skrin sentuh.
  • Stereng multi-fungsi dengan butang 'start'.
  • Kemasan kulit Black Alcantara dengan sentuhan sporty.

Lain-lain:
  • Peningkatan sistem bunyi dengan 12 'speaker' dan 'subwoofer' 12 inci!
  • Audio 2-DIN berskrin sentuh dengan GPS dan kamera undur.
  • 3 skrin LCD.
  • 'Sports-tuned', penyesuaian suspensi untuk kawalan pemanduan yang baik.
  • Prestasi sistem ambilan (intake system) untuk pecutan yang baik.


Perodua Myvi X-Style:
Ketika saya berada di sana, hanya 'objek kuning' berbentuk model Myvi sahaja yang kelihatan. Dikhabarkan ia model x-Style.


X-Style adalah 'styling model' untuk tujuan eksperimentasi pembuatan permukaan (experimental surface construction). Idea ini adalah untuk memastikan gaya dan rekabentuk model yang bakal diproduksikan mengikut keperluan semasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...